PENGENALAN


PENGENALAN 

 Unit Kokurikulum merupakan salah satu unit yang memainkan peranan penting dalam Organisasi IPG Kampus Kota Bharu. Unit ini menawarkan 6 kursus umum yang wajib diambil oleh semua pelajar pelbagai opsyen major yang berada di sini. Ia bertujuan untuk membantu mengembangkan pelbagai potensi kognetif, afektif dan psikomotor secara menyeluruh dan bersepadu. 

Kursus-kursus wajib yang ditawarkan terdiri daripada Pengurusan Kokurikulum (MPU3031), Kokurikulum Permainan (MPU3041), Kokurikulum Unit Beruniform (MPU3062), Kokurikulum Olahraga (MPU3071), Kokurikulum Persatuan (MPU3081) dan Bina Insan Guru (MPU3112). Bagi kursus elektif terbuka yang juga ditawarkan terdiri daripada Kejurulatihan Sukan (KJSS3013), Menyelamat Kelemasan Di Air (MDAS3013) dan Pengurusan Bencana dan Operasi Menyelamat (PBMS3013).

Tumpuan pelaksanaan kursus-kursus kokurikulum ini adalah untuk melahirkan guru-guru permulaan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dengan memfokuskan kepada Kemahiran Asas, Kemahiran Kepegawaian, Kemahiran Kejurulatihan dan Kemahiran Kepengelolaan (4K) menjadi guru yang berperanan sebagai jurulatih, pegawai/pengadil dan pengurus untuk mengelolakan aktiviti kokurikulum apabila bertugas di sekolah kelak. Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar diharapkan dapat melaksanakan aktiviti kokurikulum secara sistematik dan profesional sebagaimana yang ditetapkan di dalam sukatan kursus kokurikulum untuk setiap pengkhususan dan selari dengan kehendak MS ISO 9001:2015.

Selaras dengan perubahan fungsi IPG Kampus Kota Bharu kepada menjalankan Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) yang melibatkan guru-guru dalam perkhidmatan dan komuniti setempat, Unit Kokurikulum juga menawarkan beberapa kursus-kursus jangka pendek bagi memberi pengetahuan dan meningkatkan profesionalisme peserta.

Bagi memenuhi keperluan pelaksanaan kursus-kursus tersebut, Unit Kokurikulum mempunyai 10 orang pensyarah dalam pelbagai bidang kepakaran diantaranya ialah memiliki Sijil National Challenge Ropes Course (NCRC) oleh Persekutuan Mendaki Malaysia, Sijil Kejurulatihan Rekreasi Luar (OUTREC) oleh Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia / Kementerian Belia dan Sukan, Sijil Asas Kayak (STAR) oleh Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) / Lembaga Pendidikan Kanu Malaysia, Sijil Menyelamat Kelemasan Pingat Gangsa, Sijil Jurulatih Menyelamat Kelemasan dan Sijil Pemulihan Pernafasan oleh Persatuan Menyelamat Kelemasan Malaysia, Sijil AQUANUT dan Sijil Instruktur Renang oleh Persatuan Renang Amatur Malaysia, Sijil OpenWater 1 SCUBA DIVER oleh NAUI (National Association of Underwater Instructors), Sijil Manikayu oleh Persekutuan Pengakap Malaysia, Sijil Pentaulihan Pegawai Kadet Remaja Sekolah (Kapten / Mejar) oleh Institut Pendidikann Guru Malaysia / KPM, Kad Waran oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Sijil Pertolongan Cemas Asas dan Sijil Bantuan Bencana Alam dan Operasi Menyelamat oleh Persatuan Bulan Sabit Malaysia. Mereka juga memiliki Diploma / Sijil Kejurulatihan dan Sijil Kepegawaian dalam sukan permainan dan olahraga yang dianugerahkan oleh persatuan-persatuan sukan tempatan dan luar negara.

Jesteru itu, pengembelingan pelbagai kepakaran ini menjadikan Unit Kokurikulum begitu dinamik dan mampu melahirkan pelajar / peserta yang berpengatahuan serta berkemahiran tinggi selari dengan pembelajaran abad ke 21 untuk menuju revolusi industri 4.0.

Comments

Popular posts from this blog

SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA SISWA SEMPENA COVID 19