Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu. ( Al-Mu'minuun 23:19 Di kebun unit ini macam2 buah fikiran yg bernas dan berbeza untuk memastikan kebun ini dalam keadaan baik, insyaAllah Organisasi Unit Kokurikulum IPGKKB 2020 Barisan depan: Dari kiri Mr Noorlan, En Norman, Ketua Unit En Awang, Timbalan KU En Wan Suhaimi, Pn Hjh Nadimah Barisan belakang : dari kiri En Ibrahim, Pn Yati, Pn Saroya dan Us Fahmi
PENGENALAN Unit Kokurikulum merupakan salah satu unit yang memainkan peranan penting dalam Organisasi IPG Kampus Kota Bharu. Unit ini menawarkan 6 kursus umum yang wajib diambil oleh semua pelajar pelbagai opsyen major yang berada di sini. Ia bertujuan untuk membantu mengembangkan pelbagai potensi kognetif, afektif dan psikomotor secara menyeluruh dan bersepadu. Kursus-kursus wajib yang ditawarkan terdiri daripada Pengurusan Kokurikulum (MPU3031), Kokurikulum Permainan (MPU3041), Kokurikulum Unit Beruniform (MPU3062), Kokurikulum Olahraga (MPU3071), Kokurikulum Persatuan (MPU3081) dan Bina Insan Guru (MPU3112). Bagi kursus elektif terbuka yang juga ditawarkan terdiri daripada Kejurulatihan Sukan (KJSS3013), Menyelamat Kelemasan Di Air (MDAS3013) dan Pengurusan Bencana dan Operasi Menyelamat (PBMS3013). Tumpuan pelaksanaan kursus-kursus kokurikulum ini adalah untuk melahirkan guru-guru permulaan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dengan memfokuska...
Comments
Post a Comment