SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA SISWA SEMPENA COVID 19
SUMBANGAN
KEBAJIKAN KEPADA SISWA SEMPENA COVID 19 KALI KE 2
Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara
terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan
kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada
orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan
menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan
(ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Al-Baqarah
2:271)
Alhamdulillah. Sumbangan dari
pesara dan pensyarah unit ko kali ke 2 telah diserahkan kepada wakil siswa untuk
disampaikan kepada siswa yang lain seramai 24 orang. Antara makanan dan peralatan yang diberikan ialah milo, air mineral, biskut, potato, gula, susu, sos, buah limau madu, tisu, sabun dll. Turut bersama semasa sumbangan dilakukan ialah
KJ HEP iaitu Dr Che Othman dan warden bertugas iaitu En Zul. Sumbangan ini dilakukan
pada 21 April 2020 jam 3.00 petang
bertempat di Rumah Tamu IPGKKB.
Terima kasih kepada semua terutama
Pengarah dan Timbalan Pengarah yang banyak memberi sokongan. Terimakasih yang
tidak terhingga ditujukan khas kepada kepada penyumbang utama iaitu Tn Hj Aziz, Tn
Hj Mohd Noor, En Ibrahim, En Wan Suhaimi, Dato Yusuf, Wan Zamri (KJ PJKO) dan
juga pensyarah-pensyarah unit ko.
Semuga dengan sumbangan makanan yang
diberikan, dapat membantu dan meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh semua 24 siswa
kita yg menetap di asrama dan rumah sewa sepanjang Covid 19.
TERBAIK
ReplyDelete