Posts

Organisasi Unit Kokurikulum 2020

Organisasi

PENGENALAN

PENGENALAN    Unit Kokurikulum merupakan salah satu unit yang memainkan peranan penting dalam Organisasi IPG Kampus Kota Bharu. Unit ini menawarkan 6 kursus umum yang wajib diambil oleh semua pelajar pelbagai opsyen major yang berada di sini. Ia bertujuan untuk membantu mengembangkan pelbagai potensi kognetif, afektif dan psikomotor secara menyeluruh dan bersepadu.  Kursus-kursus wajib yang ditawarkan terdiri daripada Pengurusan Kokurikulum (MPU3031), Kokurikulum Permainan (MPU3041), Kokurikulum Unit Beruniform (MPU3062), Kokurikulum Olahraga (MPU3071), Kokurikulum Persatuan (MPU3081) dan Bina Insan Guru (MPU3112). Bagi kursus elektif terbuka yang juga ditawarkan terdiri daripada Kejurulatihan Sukan (KJSS3013), Menyelamat Kelemasan Di Air (MDAS3013) dan Pengurusan Bencana dan Operasi Menyelamat (PBMS3013). Tumpuan pelaksanaan kursus-kursus kokurikulum ini adalah untuk melahirkan guru-guru permulaan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dengan memfokuskan kepada Kema

BUKU PANDUAN PENGURUSAN AKTIVITI KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH

https://drive.google.com/file/d/1o5VAjB3hsoc-W52kHxt6LP_AP_jj3c5M/view

Selamat Raya 2020

Image
Salam dari kami Unit Kokurikulum 2020 BULAN RAMADHAN MENGAIL PATIN SUASANA HENING WAKTU PAGI MAAF KAN KAMI ZAHIR BATIN PANJANG UMUR KETEMU LAGI

SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA SISWA SEMPENA COVID 19

Image
SUMBANGAN KEBAJIKAN KEPADA SISWA SEMPENA COVID 19 KALI KE 2 Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan. ( Al-Baqarah 2:271 ) Alhamdulillah. Sumbangan dari pesara dan pensyarah unit ko kali ke 2 telah diserahkan kepada wakil siswa untuk disampaikan kepada siswa yang lain seramai 24 orang.   Antara makanan dan peralatan yang diberikan ialah  milo, air mineral, biskut, potato, gula, susu, sos, buah limau madu, tisu, sabun dll. Turut bersama semasa sumbangan dilakukan ialah KJ HEP iaitu Dr Che Othman dan warden bertugas iaitu En Zul. Sumbangan ini dilakukan   pada 21 April 2020 jam 3.00 petang bertempat di Rumah

Kebajikan Unit Kokurikulum Sempena Covid 19

Image
DENGAN PERKATAAN YANG BAIK DAN MEMAAFKAN ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA SEDEKAH YANG DIIRINGI (DENGAN PERBUATAN ATAU PERKATAAN YANG) MENYAKITKAN HATI. DAN (INGATLAH), ALLAH MAHA KAYA, LAGI MAHA PENYABAR. ( AL-BAQARAH 2:263 ) https://drive.google.com/file/d/1qCajA7aglOCSq7Kdwhq55e5_qiYf2bFU/view?usp=sharing https://drive.google.com/file/d/1wJDtzw9lehOVGFqJZq7OL5PRDFUwTfnv/view?usp=sharing KEBAJIKAN SEMPENA COVID 19 Seramai 24 pelajar kita yg terkandas dan menetap di asrama dan rumah sewa sepanjang Covid 19.  Mereka perlu dibantu dari segi makan minum, keperluan asas diri demi memastikan keadaan mereka terjaga. Sehubungan dengan itu, Unit kokurikulum IPGKKB terpanggil untuk memberi sumbangan kepada siswa siswi yang terlibat.  Antara penyumbang utama yang sangat prihatin terdiri dari pesara dan kakitangan unit kokurikulum  ialah Tn Hj Aziz, Tn Hj Mohd Noor, En Ibrahim, En Wan Suhaimi, dan ahli-ahli Unit Koku seramai 8 orang. Untuk merapatkan lagi kasih sayang